Penyanyi Pujaan Malaya, Adzrin Adzhar di Penjara



Orang kata bulan September, Oktober bulan penuh dengan cerita perkahwinan tapi hari ni Ohartis ada lagi cerita yang lebih panas.

Masih ingat lagi dengan lagu Pujaan Malaya nyanyian Adzrin Adzhar yang pernah popular suatu keitka dulu?

Semalam, Datuk Adzhar Sulaiman dan dua anaknya, Noradzrin (penyanyi Pujaan Malaya), Noradzma menghadapi hukuman penjara dan denda atas kesalahan menerima deposit tanpa lesen berjumlah lebih RM100 Juta dan 360 tuduhan aktiviti pengubahan wang haram dengan jumlah lebih RM59 Juta.

Pengurus Besar Noradz Travel & Services Sdn Bhd itu dihukum penjara dua tahun dan didenda RM1 juta atau 10 bulan penjara kerana mengambil deposit berjumlah lebih RM100 juta tanpa lesen dan 360 tuduhan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM59 juta.

Anak perempuannya, Noradzma, 35, yang turut menghadapi tuduhan serupa dipenjara tiga tahun dan denda RM500,000 atau enam bulan penjara sementara Noradz Travel & Services pula didenda RM5 juta atas tuduhan mengambil deposit tanpa lesen.

Seorang lagi anak Adzhar, Noradzrin, 26, yang bergelar penyanyi dan popular dengan lagu Pujaan Malaya dihukum penjara setahun bagi kesalahan mengubah wang haram.

OH! ARTIS: ADZRIN ADZHAR PERNAH MASUK MELODI DAN DITANYA TENTANG SATU KES JENAYAH. NAMUN DIA MENAFIKANNYA KETIKA ITU. SEKARANG APA JADI?

View the original article here

Penulis : Adam Mohd Juni ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Penyanyi Pujaan Malaya, Adzrin Adzhar di Penjara ini dipublish oleh Adam Mohd Juni pada hari Tuesday, October 11, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Penyanyi Pujaan Malaya, Adzrin Adzhar di Penjara
 

0 comments:

Post a Comment