Jojoe Marah Aksi Ranjang Dan Klip 3gp Mimie (One Nation Emcess)

Hantar ke Twitter! | Bookmark Share

Lelaki mana yang tak marah apabila lihat kekasih sendiri melakukan aksi ranjang dengan lelaki lain walaupun ia sekadar lakonan semata-mata. Begitulah yang terpaksa dilalui oleh Shamimi Amalina Norhisham atau Mimi apabila hubungannya bersama kekasih, Nur Hasan Baias atau Jojoe dingin sejak beliau melakonkan aksi ranjang dalam filem Klip 3gp.

Jojoe dan Mimie kedua-duanya merupakan anggota kumpulan One Nation Emcess. Sudah hampir setahun hubungan mereka dingin gara-gara Jojoe yang tidak dapat menerima aksi ranjang Mimie dalam Klip 3gp. Jojoe tahu watak yang dimainkan Mimie dalam filem itu tapi tidak menyangka yang aksi ranjang yang dilakonkan terlalu keterlaluan sehingga beliau tersentak dan terkejut. Jojoe juga turut berlakon dalam filem tersebut bersama seorang lagi anggota kumpulan One Nation Emcess iaitu Zydee.

Jojoe dan Mimie masih menaungi kumpulan yang sama buat masa sekarang tetapi sudah pun membawa haluan masing-masing. Mereka hanya bertemu atas dasar kerja dan tidak intim seperti dulu.

OH! ARTIS: SEPATUTNYA MEREKA YANG BERGELAR ARTIS PERLU TAHU MENANGANI HAL INI SEBAIK-BAIKNYA. DUNIA ARTIS MEMANG TIDAK DAPAT LARI DARI HAL SEBEGINI. ANDA YANG PILIH JALAN INI SO ANDA HARUS TERIMA.


View the original article here

 

Penyanyi Pujaan Malaya, Adzrin Adzhar di Penjara



Orang kata bulan September, Oktober bulan penuh dengan cerita perkahwinan tapi hari ni Ohartis ada lagi cerita yang lebih panas.

Masih ingat lagi dengan lagu Pujaan Malaya nyanyian Adzrin Adzhar yang pernah popular suatu keitka dulu?

Semalam, Datuk Adzhar Sulaiman dan dua anaknya, Noradzrin (penyanyi Pujaan Malaya), Noradzma menghadapi hukuman penjara dan denda atas kesalahan menerima deposit tanpa lesen berjumlah lebih RM100 Juta dan 360 tuduhan aktiviti pengubahan wang haram dengan jumlah lebih RM59 Juta.

Pengurus Besar Noradz Travel & Services Sdn Bhd itu dihukum penjara dua tahun dan didenda RM1 juta atau 10 bulan penjara kerana mengambil deposit berjumlah lebih RM100 juta tanpa lesen dan 360 tuduhan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM59 juta.

Anak perempuannya, Noradzma, 35, yang turut menghadapi tuduhan serupa dipenjara tiga tahun dan denda RM500,000 atau enam bulan penjara sementara Noradz Travel & Services pula didenda RM5 juta atas tuduhan mengambil deposit tanpa lesen.

Seorang lagi anak Adzhar, Noradzrin, 26, yang bergelar penyanyi dan popular dengan lagu Pujaan Malaya dihukum penjara setahun bagi kesalahan mengubah wang haram.

OH! ARTIS: ADZRIN ADZHAR PERNAH MASUK MELODI DAN DITANYA TENTANG SATU KES JENAYAH. NAMUN DIA MENAFIKANNYA KETIKA ITU. SEKARANG APA JADI?

View the original article here